Sunday, 14 December 2014

Campak

Dalam diam rasa rindu itu hadir.

Tapi,

Cepat-cepat campak rasa rindu itu.

Takut-takut hati kecewa lagi.


(ajie,2014)

23 tahun

Alhamdulillah.
Alhamdulillah, genap sudah umur aku 23 tahun pada 11 December 2014.

Terima kasih yang tak terhingga buat mama yang telah banyak berkorban nyawa untuk melahirkan aku.
Terima kasih juga buat abah yang telah banyak berkorban tenaga mencari nafkah untuk mama dan anak2.

I love both of you so much..

Buat semua adik beradik, pakcik makcik, sepupu sepapat, kenalan dan sahabat handai terima kasih juga diucapkan atas ucapan birthday yang korang bagi.

Thank a lot!

11/12/91
11/12/14



Love with hugs, 

Ajie 😘😘

Thursday, 4 December 2014

Dan.....

Dan mungkin aku akan berhenti berharap bila kau sah menjadi milik orang lain.

Sekarang tidak terlalu berharap..

Cuma masih mengharap..

Tidak pasti mengapa.

Mungkin masih ada sisa-sisa cinta lagi.

Tuesday, 2 December 2014

Terus tabah

Penat.

Letih.


Semua kerana kau.



Aku penat ingat kau.

Aku letih fikir kau.

Entahlah.

Mungkin sekarang aku rasa menyesal sangat sebab pernah kenal suka sayang dan cinta kau.



(ajie, 2014)

Sunday, 30 November 2014

December

December.

Kini kembali.

Setahun sudah dalam terpaksa aku rela untuk lepaskannya dari hati aku.

Redha.

Wednesday, 26 November 2014

I miss you

Lelaki itu.
Yang pernah hadir dalam hidup aku seketika cuma.
Yang selalu hadir ketika aku keliru untuk memilih.

Lelaki itu.
Yang pernah menunjuk dia ambil berat tentang aku.
Yang pernah mengucap kata rindu pada aku.
Yang pernah sesekali kata sayang dan cinta pada aku.

Tapi akhirnya,
Mengaku tidak tahu apa perasaan sebenarnya terhadap aku.
Dan akhirnya,
Tinggalkan aku tanpa kata.

Kami tidak pernah declare untuk bercinta, tapi setiap ungkapan yang keluar dari mulutnya sangat memberi harapan tinggi untuk aku menjadi haknya yang sah.
Sekarang dia dah ada teman baru. Bahagia sangat aku tengok. Cemburu!
Sedih,perit!
Sweettalker!Sweettalker! I miss you!!!!! 😭😭😭

What??
Love??

No. Cinta tu dah hilang. Tiada lagi rasa itu. Cuma rindu mungkin hanya secubit. Sebab tu sakit bila merindu ni sebab sakit kan kena cubit? Hehe

Ok stop to waiting him ! Let it go !
Aku terpaksa terima semuanya.
Redha .
InshaaAllah ,
Ada yang sedang berlari mengejar kearah aku untuk ambil tulang rusuknya.

(ajie,2014)

*perghhhh!!! Apesal cenggini pulok ayat yang terlintas ?sebenarnya nak cerita pasal lain. Termadah berhelah pulok ..adeh ...takpolah .. Kalau delete karang nyesal pulak sebab bukan senang aku nak bermadah ni. Haha.
Ok bye!

Perempuan.

Perempuan.

Lemah lembut perwatakannya selalu.
Tapi kadang2 keras didalamnya

Ada juga yang kasar pada luarannya.
Tapi sangat lembut dalamannya.

Perempuan.

Sekasar mana pun perwatakannya,
Sekeras mana pun hatinya,
Jiwanya sangat rapuh,
Hatinya sangat lembut,

Mudah tersinggung,
Mudah kecewa,
Mudah tersentuh,
Mudah terasa,
Mudah ambil hati,
Walaupun hanya sedikit.

Lagilagi bilamana wujudnya insan yang membuatkan dia tersenyum walaupun sesaat cuma dalam setahun.
Ya!  Sangat bahagia waktu itu.
Waktu itulah dia akan lupa sebentar akan masa lalu.

Hati gumbira dan berharap ada sinarnya.
Berdoa agar kebahagiaan bakal menjadi miliknya jua samaada bersama insan itu ataupun orang lain yang mampu membimbingnya kearah yang lebih baik.


(ajie,2014)