Thursday, 2 October 2014

Saat ini.

Disaat ini, jam ini, waktu ini, ketika ini kau masih terpahat, tersemat dihati aku.
Ohh tidak!
Hanya tertinggal cuma.
Dulu mungkin aku kunci rapi agar 1 huruf nama kau pun yang tak akan pergi dari hati aku.
Tapi sekarang hanya nama kau dan saki baki kecewa sahaja yang tinggal.
Kau semakin dapat aku lupa.

Ya! 
Ya, aku tipu....
Tipu boleh lupa kau.
Tapi aku boleh lupa untuk cinta,sayang dan rindu kau.


( ajie, 2014 )

1 Tahap

sampai 1 tahap aku rasa aku taknak jadi orang besar.
aku nak jadi budak2 je. macam budak2 ni,  1 je yg diaorang fikir,  main main main main dan terus main. 

Monday, 29 September 2014

Jangan

Tolong jangan jadi pelupa.
Tolong jangan jadi pelupa.
Tolong dengar arahan dengan baik. Take a note please.
Tolong dengar arahan dengan baik. Take a note please.
Tolong jadi orang yang rajin.
Tolong jadi orang yang rajin.
Tolong jangan jadi malas.
Tolong jangan jadi malas.
Tolong ubah sikap.
Tolong ubah sikap.
Tolong jaga mulut bila cakap.
Tolong jaga mulut bila cakap.
Tolong jangan tinggal solat.
Tolong jangan tinggal solat.
Tolong rajin rajin baca Al-quran.
Tolong rajin rajin baca Al-quran.

Supaya hati sentiasa tenang dan aman.

I hate this feeling right now.  Hm

Tuesday, 9 September 2014

Again.

Again.
Again.
Again and again...

Teringat tentang dia..
Hati sedih..
Hati menangis..
Hati keliru..
Hati kecewa..

Bersabarlah wahai hati..
Jangan dipendam rasa itu..
Biarlah ia menjadi kenangan..
Boleh diingat tapi jangan dikenang..

Walaupun dia semakin hari semakin hilang tanpa dapat aku kesan..
Hati meronta untuk tahu tentang kehidupannya kini..
Sungguh aku tahu sebenarnya dia dekat dengan aku tapi hati dia semakin jauh untuk aku..

Tapi.....
Aku masih mengharap..
Masih berharap..
Masih menunggu harap..
Sampai aku tertiarap..... :'(

( ajie,2014 )

Saturday, 30 August 2014

Merdeka!

Cinta...
Hatiku hanya padamu..
Tiada yang lain selain kamu..
Hanya yang aku ada adalah kamu..

Disini lahirnya sebuah cinta..

MALAYSIA

Tuesday, 26 August 2014

Redha

Eh...handsome lah mamat tu.. Aku sukalah..
Eh...smartlahh dia... Serius aku suka....
Ehh...kacaknya abang tu.. Sumpah aku suka..

Suka.
Suka.
Suka.
Cukupcukuplah sukanya tu. Orang2 tu pandang kita pon tak kan. Haha

Memang senang nak lupakan orang yang kita suka tu..
Sekejap je boleh lupa.

Tapi....

Memang sakit untuk melepaskan orang yang kita cinta.
Memang sukar untuk melupakan orang yang kita sayang.
Nak taknak,  kita kena terima jugak kan?
Dah tu ketentuan Allah.
Allah knows what is the best for us..
Dont worry. Dont be sad. Just smile. Just be happy.
Segala2nya Allah dah rancang untuk kita.
Ada hikmah disebalik apa yang telah berlaku pada kita.
Terima dengan redha..

AJIE~

Sunday, 17 August 2014

Gembira?

Memberi kegembiraan dan kebahagiaan kepada diri sendiri?
Atau memberi kegembiraan dan kebahagiaan kepada diri orang lain?
Atau saling memberi kegembiraan dan kebahagiaan itu?

Saling memberi supaya tidak ada hati lagi yang sakit kecewa sedih sepi. 

Aku ingin kegembiraan dan kebahagiaan itu.
Mungkinkah akan aku kecapi?

Dengan siapa aku tidak tahu. Hanya Allah yang mengetahui segalanya.

Aku inginkan ketenangan dalam diri aku.
Aku inginkan segalanya tentang kamu hilang dalam jiwaku.
Aku tidak pasti kenapa mengapa masih ada kamu dalam hati aku.
Sukar aku gambarkan perasaan aku sekarang.
Aku lemah.
Aku sakit.
Aku terseksa.

Ya Allah...
Hanya padaMu aku mohon keampunan.
Terlalu banyak dosa aku padaMu ya Allah.
Jika dengan melepaskan dia adalah yang terbaik buatku.
Aku redha.
Aku ingin mencapai keredhaanMu ya Allah.