Friday, 8 August 2014

Khabi Khusi Khabi Gham

Khabi Khusi Khabi Gham

Kadang2 gembira Kadang2 sedih

Jangan hapuskan kegembiraan dengan kesedihan tapi hapuskan kesedihan dengan kegembiraan.

Kenapa mesti ada rasa sedih sedangkan boleh sentiasa gembira?

Kenapa mesti ada rasa paksa untuk gembira sedangkan boleh gembira tanpa dipaksa?

Jangan terus pendam simpan selit walau secebis rindu sayang cinta itu kalau itu yang buat rasa sedih mencelah.

Pandang depan.
Buang hati yang pernah disentuh.
Biarkan kesedihan hanyut tanpa dapat dikembalikan.
Pastikan hati kembali disentuh.
Tapi ingat!
Jangan disentuh oleh insan yang sama sebab pasti arus deras akan pulangkan kembali kesedihan.
Buang jauhjauh.
Jangan kejar.
Jangan kenang.
Jangan ingat.
Lempar jauhjauh.

( ajie,2014 )

Sunday, 22 June 2014

Takdir

Aku ...
Ingin bersamamu ...
Namunku tahu itu tak mungkin berlaku ...
Kerana dia sudah bahagiakan dirimu ...
Tapi ...
Jika memang jodoh kita ...
Kita kan tetap bersama ...
Kerana Tuhan sudah tetapkannya ...
Namun ...
Kalau sebaliknya ...
Aku redha dengan segala-galanyaaaa .....

Friday, 6 June 2014

Sakit .

Sakit itu dari Allah.
Penghapus dosa-dosa kecil.
Hmmm...
Banyak dosa aku .. :'(

Ya Allah ...
Aku harapkan kesakitan ini hanya sementara .
Maafkan aku ya Allah .

Semalam tetiba je aku demam balik selepas seminggu baik dari demam . Tak pernah macam ni . Dah baik lepas tu demam lagi .. nampak bebeno anti body aku tak kuat . ( malas makan ubat ) hihi
Tapi sebenarnya before badan terasa panas balik tu kepala aku sakit yang teramat sangat .. kenapa tu tak tau la ..
Alhamdulillah hari ni more better walaupun still rasa sakit lagi kepala ni .

Sunday, 18 May 2014

Harapan .

Harapan .
Berharap .
Mengharap .
Kesimpulannya , jangan terlalu mengharap .

Allah tahu mana yang terbaik untuk kita .
Just be happy :D

Monday, 12 May 2014

Please be happy ajie :)

Tajuk entry pon dah suruh aku happy so entry nak happy happy je ! Takmaw dah entry sedih sedih .. Tak baik untuk kesihatan diri .. Kena senyum selalu supaya hati bunga bunga je walaupun takde ape pon yang bunga nye sangat .. haha !

Aku ni suka dok terkenang benda lama , benda yang aku sayang , benda yang tak mungkin jadi milik aku .. tu pasal la hati aku ni tak keruan je memanjang ! Tak pernah nak buang perasaan terkenang terkenang tu haih .. dan sekarang ni aku cuba ! :) cuba untuk buang perasan terkenang terkenang tu . * teringat takpe kan? Hihi .. hep! Ajie ni ...

Aku ada family yang selalu buat aku happy , aku ada kawan yang selalu buat aku gelak , aku ada kawan yang selalu gelak bila aku berkata kata ..aku ada anak anak yang selalu sakat aku yang selalu aku sakat .. aku bersyukur sangat yang aku ada mereka . Aku sayang mereka sangat sangat . Terima kasih ya Allah ..

Aku sedar ,
Aku bukanlah sebaikbaik manusia,
Bukanlah sebaikbaik wanita,
Bukan juga anak yang solehah untuk abah mama,
Bukan sahabat yang sejati untuk mereka,
Tetapi ,
Aku akan cuba untuk menjadi sebaikbaik manusia,
Cuba untuk menjadi sebaikbaik wanita,
Cuba untuk menjadi anak yang solehah untuk abah mama,
Cuba untuk menjadi sahabat yang sejati untuk mereka.





Ajie , just be happy and stay cute girl always ! Kihkih :)

Monday, 5 May 2014

Jom kahwin :)

"Awak , jom kahwin .
Kita jadikan hubungan kita ni halal di sisi Allah ".

Agak2 siapalah kan yang akan cakap macam ni kat aku .. hihi
Bukan tak sabar .
Bukan juga menggatal .
Tapiii..........
Terasa bagai diri ni dah tua tapi takde siapa yang berkenan kat aku nih .. sedih gila ! Haha
Kawan-kawan ramai yang dah bertunang,berumah tangga lift bagai .. ada juga yang dah ada anak .. aku ? Calon pun takde lagi ni..
Pernah ada calon tu sebelum ni tapi apakan daya dah tiada jodoh kan . Aku redha . Huhu

Dolu-dolu sobonanye gatai nau bercinta la ni dah takdo sapo nak dah .. hahhaha

Zaman sekolah , cinta monyet yang kononnya cinta sampai mati tapi sudahnya takde apa pon . Hihi

InshaaAllah , ada jodoh aku adalah kan . Siapa tu taktau la . Aku terima seadanya asalkan dia boleh terima aku seadanya .

To my Mr.Right ... hopefully you can make me happy and my life colourful with your love .. inshaaAllah .

Thursday, 1 May 2014

;')

Sayang ,
Saya dapat lihat kebahagiaan awak .
Berbunga-bunga hati awak .
Berbunga-bunga status awak .
Hati saya cemburu tengok semuanya .
Mata saya sakit tengok gambar-gambar awak dengan dia .
Tapi ,
Saya tak boleh buat apa-apa .
Saya hanya mampu doakan awak bahagia sentiasa.
Saya dah boleh terima semuanya .
Saya redha dengan ketentuan Allah .
Sayang ,
Jangan lukakan hati dia .
Jangan sia-sia kan dia .
Jangan buat dia macam mana awak dah buat kat saya .
Jaga diri baik-baik .
Jaga dia baik-baik .

Terima kasih awak sebab pernah hadir dalam hidup saya .
Saya berharap sangat awak takkan kembali lagi ..