Sunday, 14 August 2016

Tak semua .

Kite semua xperfect . Tglkan yg ade depan mate utk crik yg lebih baik ? Kdg belum tentu yg kite igt lebih baik tu boleh happykan kite kan . Kite xsuke cara org , igt semua org suke cara kite ?

Tuesday, 2 August 2016

Terasa hati

Ya .
Aku terasa hati .

Hurm .
Silap aku jugak sebab mudah jatuh sayang .

Ok .
Pelan pelan undur diri andai dia tak sudi .

Saturday, 30 July 2016

Mudah ?

Kahwin bukan hanya cinta, bermanja, pimpin tangan sama-sama ke Syurga.

Separuh agama kita jadi sempurna bila berkahwin, sebab kahwin itu mengajar kita sabar, ikhlas, toleransi, jadi pengurus, jadi ketua, jadi hamba, fikir panjang, realistik, kenal pasangan, kenal diri sendiri, tanggungjawab, setia, jujur, pegang janji, usaha sungguh-sungguh, pengorbanan, kematangan, kawal emosi, hormat, jaga maruah, hidup bermasyarakat, hidup berkeluarga, dan macam-macam lagi.

Jangan ingat mudah. Jangan ambil mudah.

Saturday, 9 July 2016

Perasaan

Perasaan .
Bercampur baur .

Suka .
Duka .
Ceria .
Happy .
Lara .
Sedih .
Gembira .
Cemburu .
Dengki .
Geram .
Cemburu .
Sakit hati .
Tabah .
Sabar .
Keliru .
Yakin .
Pendam .

Wednesday, 25 May 2016

Hati

Duhai hati .

Tabahlah .
Kuatkan semangat untuk menempuh dugaan yang mendatang .
Jangan ada rasa ragu .
Allah sedang menguji hati kau .
Allah is the best planner .

Tuesday, 26 April 2016

Aku

Aku bukanlah gadis yang cantik rupawan ,
Aku juga bukanlah gadis selembut bicara ,
Aku juga bukanlah gadis yang berkerjaya .
Tapi aku hanyalah gadis biasabiasa sahaja . Tidaklah cantik rupawan (comel sikit je . Hehe )
Tidaklah lembut bicara . Kadangkala terlepas bicara kasar .
Aku harap kau boleh terima aku seadanya .
Terima kasih muncul dalam hidup aku .

Saturday, 26 March 2016

Hidup baru

Alhamdulillah .
Lagi beberapa hari genap 6bulan aku bekerja di tempat baru sebagai tollgate girl ... huhu
Pejam celik pejam celik dah nak 6bulan . Dah nak habis kontrak . Tapi aku rasa aku dah lama kerja sini . Happy . Ya . Aku happy dengan life aku sekarang .
Aku rasa tenang kerja sini walaupun tak tenang sangatlah kan . Haha.   Lotih weyh lotih jadi tollgate girl ni .. hari2 berhadapan dgn bermacam2 jenis manusia . Bermacam2 jenis perangai manusia .

Ok . Lain kali sambung cerita . Hihi

With <3
Ajie ..

Monday, 27 July 2015

Keputusan

Mungkin ini yang terbaik untuk aku .

Mungkin ada yang lebih baik untuk aku .

Doakan yang baik-baik saja untuk aku .

Sunday, 19 April 2015

Sebentar

Terima kasih kerana buat saya tersenyum sebentar .

Walaupun hanya sebentar tapi hati saya tetap gembira .

Semoga awak bahagia juga dengan apa yang awak buat sekarang .

Terima kasih awak .

Terima kasih Allah . Tanpamu Ya Allah , dia takkan buat aku merasa gembira walaupun sebentar .

Allah know everythings .

Saturday, 3 January 2015

Hi

Hi!
I dont know why i write this.
Im feeling very upset when i know you already being a someone fiance.

But this all is takdir Allah. Redha.

I hope you happy with your life.Yes, I know you're very happy right now. Darah manislah katakan. Alhamdulillah.

Awak,
Be a very loving person.
Be a good khalifah.
Be a good son.
Be a good friend.
Be a good boyfriend.
Be a good fiance.
Be a good husband.(tak lama lagi kan?)

Sincerely,
Ajie

Thursday, 1 January 2015

Senyum

Sebuah senyuman dapat menyembunyikan 1001 kedukaan.


Berhenti berduka,
Teruskan bersuka,
Allah ada sentiasa disisi.


I want to be a good muslimah. InshaaAllah.



(ajie,2015)

Saturday, 27 December 2014

Jangan takut

Huda: mama, ex-boyfriend ajie dah tunang...

Mama: sape? Yang mane?

Huda: ala, yang dulu tu...

Ajie: ala, yang tinggi2 tu..

Mama: oh!! Si _._._._._ tu... Ala, jangan sedih jangan takutlah... Ada je jumpa jodohnye tu nanti..




Mimpi - Part 3

Kau...

Kan aku dah cakap,
Jangan muncul lagi dalam mimpi aku dah.
Kali ni kau muncul dengan awek kau and kau siap kacau2 aku dalam mimpi tu. Pelik. Selalu kau tak layan tapi kali ni berbeza.
Kau kacau aku,kau sakat aku.
Tapi kali ni aku pulak yang tak layan kau. Sebab awek kau kat sebelah. Aku cemburu. Mungkin.
Mimpi tu tiada penghujung. Hilang macam tu saje. Ok takpe. Biarlah tergantung jangan ada sambungan. Hati sedih, pedih sebab hari ni kau dah selamat jadi tunangan orang.

YA!
BETUL-BETUL BUKAN LAGI MIMPI SEMATA.

Aku redha.

Semoga kau bahagia.




Sincerely,
Hati yang sedih mengenang dikau. 😭

Tuesday, 23 December 2014

Mimpi - Part 2

Mimpi. Lagi sekali.

Tak. Bukan sekali tapi dah banyak kali mimpi kau.

Kenapa entah asyik mimpi kau je kan. Kalau taknak aku dah janganlah asyik nak muncul dalam mimpi aku. Hampeh! Kesian kat aku tau asyik teringat kau, pastu stalk FB kau, pastu sedih nampak gambar kau dengan awek kau tu.

Sedih. Tipulah aku tak sedih kan? Tipu sangat. 😩

Tapi dalam mimpi tu nampak sangat macam Allah nak aku move on, lepaskan kau, lupakan kau sebab kau sikit pon tak ingat aku, sikit pon tak pandang aku .

.
.
.
.
.


Weyh kau !

Sudah-sudahlah muncul dalam mimpi aku ye , bagi peluang dekat orang lain pulak nak muncul . Senang sikit aku nak lupa kau .

Tapi kalau nak muncul jugak , muncullah ....😭
Eh, takpayah muncul dalam mimpilah .. Muncul sungguh-sungguh . Muncul sekali dengan awek kau ye .

Time tu mungkin aku boleh move on terus dah takpayah nak tunggu-tunggu besok lusa dah .

Kbye !

Tuesday, 16 December 2014

Bukan jodoh

Orang selalu cakap,
Kalau ada jodoh tak kemana.
Biarlah dia pergi atau kau pergi jauh mana sekalipun dia tetap akan jadi milik kau.

Itu kalau ada jodoh.

Kalau tak ada?

Ha... Menangislah kau air mata darah sekalipun dia tak akan kembali lah.

Siapa suruh kau pergi?
Siapa suruh kau biar dia pergi?

Menyesal?

Padan muka kau!





Yang benar,
Aku yang pergi, aku yang biar kau pergi 😔😢

Sunday, 14 December 2014

Campak

Dalam diam rasa rindu itu hadir.

Tapi,

Cepat-cepat campak rasa rindu itu.

Takut-takut hati kecewa lagi.


(ajie,2014)

23 tahun

Alhamdulillah.
Alhamdulillah, genap sudah umur aku 23 tahun pada 11 December 2014.

Terima kasih yang tak terhingga buat mama yang telah banyak berkorban nyawa untuk melahirkan aku.
Terima kasih juga buat abah yang telah banyak berkorban tenaga mencari nafkah untuk mama dan anak2.

I love both of you so much..

Buat semua adik beradik, pakcik makcik, sepupu sepapat, kenalan dan sahabat handai terima kasih juga diucapkan atas ucapan birthday yang korang bagi.

Thank a lot!

11/12/91
11/12/14



Love with hugs, 

Ajie 😘😘

Thursday, 4 December 2014

Dan.....

Dan mungkin aku akan berhenti berharap bila kau sah menjadi milik orang lain.

Sekarang tidak terlalu berharap..

Cuma masih mengharap..

Tidak pasti mengapa.

Mungkin masih ada sisa-sisa cinta lagi.

Tuesday, 2 December 2014

Terus tabah

Penat.

Letih.


Semua kerana kau.



Aku penat ingat kau.

Aku letih fikir kau.

Entahlah.

Mungkin sekarang aku rasa menyesal sangat sebab pernah kenal suka sayang dan cinta kau.



(ajie, 2014)

Sunday, 30 November 2014

December

December.

Kini kembali.

Setahun sudah dalam terpaksa aku rela untuk lepaskannya dari hati aku.

Redha.