Sunday, 30 November 2014

December

December.

Kini kembali.

Setahun sudah dalam terpaksa aku rela untuk lepaskannya dari hati aku.

Redha.

Wednesday, 26 November 2014

I miss you

Lelaki itu.
Yang pernah hadir dalam hidup aku seketika cuma.
Yang selalu hadir ketika aku keliru untuk memilih.

Lelaki itu.
Yang pernah menunjuk dia ambil berat tentang aku.
Yang pernah mengucap kata rindu pada aku.
Yang pernah sesekali kata sayang dan cinta pada aku.

Tapi akhirnya,
Mengaku tidak tahu apa perasaan sebenarnya terhadap aku.
Dan akhirnya,
Tinggalkan aku tanpa kata.

Kami tidak pernah declare untuk bercinta, tapi setiap ungkapan yang keluar dari mulutnya sangat memberi harapan tinggi untuk aku menjadi haknya yang sah.
Sekarang dia dah ada teman baru. Bahagia sangat aku tengok. Cemburu!
Sedih,perit!
Sweettalker!Sweettalker! I miss you!!!!! 😭😭😭

What??
Love??

No. Cinta tu dah hilang. Tiada lagi rasa itu. Cuma rindu mungkin hanya secubit. Sebab tu sakit bila merindu ni sebab sakit kan kena cubit? Hehe

Ok stop to waiting him ! Let it go !
Aku terpaksa terima semuanya.
Redha .
InshaaAllah ,
Ada yang sedang berlari mengejar kearah aku untuk ambil tulang rusuknya.

(ajie,2014)

*perghhhh!!! Apesal cenggini pulok ayat yang terlintas ?sebenarnya nak cerita pasal lain. Termadah berhelah pulok ..adeh ...takpolah .. Kalau delete karang nyesal pulak sebab bukan senang aku nak bermadah ni. Haha.
Ok bye!

Perempuan.

Perempuan.

Lemah lembut perwatakannya selalu.
Tapi kadang2 keras didalamnya

Ada juga yang kasar pada luarannya.
Tapi sangat lembut dalamannya.

Perempuan.

Sekasar mana pun perwatakannya,
Sekeras mana pun hatinya,
Jiwanya sangat rapuh,
Hatinya sangat lembut,

Mudah tersinggung,
Mudah kecewa,
Mudah tersentuh,
Mudah terasa,
Mudah ambil hati,
Walaupun hanya sedikit.

Lagilagi bilamana wujudnya insan yang membuatkan dia tersenyum walaupun sesaat cuma dalam setahun.
Ya!  Sangat bahagia waktu itu.
Waktu itulah dia akan lupa sebentar akan masa lalu.

Hati gumbira dan berharap ada sinarnya.
Berdoa agar kebahagiaan bakal menjadi miliknya jua samaada bersama insan itu ataupun orang lain yang mampu membimbingnya kearah yang lebih baik.


(ajie,2014)

Tuesday, 25 November 2014

perempuan

Asalnya ini belog aku nak cerita and update semua tentang hidup aku. Tiap-tiap hari. Apa aku buat hari ini, baju warna apa aku pakai hari ini. Semuaaaaa TENTANG AKU dan HARI INI. Hehe
Tapi disebabkan line internet tidak selaju roket and tidak selalu bersama aku, aku update jela tentang apa yang aku rasa. Dan sebenarnya aku tak reti pon nak bercerita tentang hidup aku hari2 sebab aku tak dapat A pon dalam buat karangan2 ni. Hehe
Aku kan, teriiiiingin sangat nak cerita pasal kisah aku masa kecik2 dulu. Tapi tak kesampaian lagi sebab aku tak reti nak susun ayat. No wonderlah karangan tak A kan?  Hihi
Dari dulu aku lemah nak jawab soalan essay sebab nak kena susun ayat baik2, aku lebih suka point point je 😀
Tak kesahlah BM or BI ... 😝

Apa aku rasa aku pendam and aku luah dekat ini belog saja.
Ya, hanya untuk aku baca balik apa2 yang dah aku luah. Semua adalah kenangan dan angan-angan.

Kenangan masa lalu yang tidak boleh dibuang tapi dilupa kadang-kadang. Sekali sekala hanya teringat. Semuanya pahit belaka. Manis secubit cuma. Mungkin.

Berbalik pada tajuk eNtry hari ini .
"Perempuan"

Aku perempuan .

Ermmm....rasa macam nak continue dekat page lain lah. Hihi
Tetiba terasa macam nak buat ayat panjang2 sikit. Kalau mampulah. Kalau tak mampu, ayat 2 baris dah cuku..hahaha

Oklah .. Bubyee 😏😊😄😉😘

Sunday, 23 November 2014

Jawapan Sentap

18 Jawapan Sentap Balas Soalan:

“Bila Nak Kahwin?”
“Bila nak mendirikan rumah tangga?”


1. “Saya masih mahu berjasa untuk family.”

2. “Jodoh lambat ini ujian dari Allah untukku sebab Dia tahu aku boleh hadapinya. Kau tak dapat dugaan ini sebab mungkin kau tak boleh hidup apabila ditanya berkali-kali soalan ini”

3. “Dah siap tertulis dengan siapa dan bila aku nak kahwin. Tapi Allah tak reveal lagi padaku.”

4. “Takde nak rahsia-rahsia eh bila nak kahwin. Sebab ini semua rahsia Allah.”

5. “Esok pun boleh apabila dah tersurat ada calon.”

6. “Tunggu suami makcik kahwin lagi lah.”

7. “InsyaAllah bulan 9 nanti. Tahun belum tahu lagi”

8. “Jangan nak tanya sangat. Nanti aku mengorat suami kau, baru kau tahu.”

9. “Nak sponsor ke?”

10. “Kau tahu ke bila kau nak mati?”

11. “Rumah dah ada, tangga pun dah ada tapi semua tue sewa ajer.”

12. “Carikan seorang untuk aku boleh?”

13. “Awak tak tahu ke? Saya dah lama minat suami awak. Jom bermadu!”

14. “Tengah kumpul duit lagi tapi kalau Mak Long ada duit, boleh tak saya nak pinjam”?

15. “Belum cukup puas bahagiakan mak ayah.”

16. “To-Do-List bujang aku tak complete lagi. Kau ada?”

17. “Kalau tak kahwin, tak mati kan?”

18. “Ala… Bosanlah kalau dah kahwin nanti takde orang nak tanya soalan PANAS ni kat I lagi”


###########

Ha, aku pulak memang dah ada jawapan sendiri. Hihi

1. InshaaAllah 2tahun lagi. Time tu  abah dah pencen sebabnya abah akan sponsor everything. 😁😁😘
   along angah jangan jeles ye ..haha..silap2 korang yg sponsor sekali ..wahh!!!seronoknya....terima kasih awal2 eh ..hihi

2. Tolong carik kan jodoh ye . Yang penting nak kawen 2 tahun lagi ...kenapa 2tahun lagi? Sebab jawapan no 1 ..hihi

3. Ni khas untuk pakcik makcik aku jela sebab dorang je paham kenapa aku jawap cenggini 👇😊

    " Doctor tak call lagi ajak kawen " . Hahahahahaha

Friday, 14 November 2014

JANGAN

jangan mendengki dengan kebahagiaan orang lain. Doakan mereka bahagia selalu.
Dan......
doakan diri kau jugak dapat kebahagiaan supaya tak asyik mendengki.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Pandang dari jauh dan senyum sahaja 😉😄

( ajie,2014 )

Tuesday, 11 November 2014

Untuk KAU

Terima kasih pernah datang, lalu menghilang.
Terima kasih pernah ada, lalu tiada.
Terima kasih pernah menghibur, lalu kabur.
Terima kasih pernah meninggikan harap, lalu menjatuhkan.
Terima kasih pernah mendekat, lalu menjauh.
Terima kasih pernah peduli, lalu tidak acuh.

Terima kasih awak.



👆

Kepada Awak , ayat atas 👆ni macam sesuai saya bagi kat awak kan ? Sebab tu saya copy . Walaupun saya tau awak takkannya baca tapi saya memang nak dedikasikan khas untuk awak . Dedikasi sangat ..haha













Yang bawah ni pulak 👇 takde copy mane2 ye..aku buat sendiri sebab itu apa yang aKu rasa .



Aku,

Yang selalu didekat bila kesunyian.
Yang selalu ada bila diperlukan.
Yang selalu diberi harapan palsu.
Yang selalu dilayan acuh tak acuh.
Yang selalu disakitkan hati tanpa sedar.
Yang selalu menghiburkan hati sendiri.
Yang selalu menanti yang tak pasti.

Kau,

Yang selalu datang bila kesunyian.
Yang selalu hadir bila memerlukan.
Yang selalu memberi harapan palsu.
Yang selalu melayan acuh tak acuh.
Yang selalu menyakitkan hati aku.
Yang selalu kaburkan hati aku.
Yang selalu biarkan aku menanti tanpa kepastian .

(ajie, 2014)

Diet yoyo Oo

Assalamualaikum dan selamat pagi :)

Hari ni mood nak update blog pasal hidup aku pulak. Dah takde madah pujangga ya sebabnya takde mood lah nak bermadah. No idea. Haha

Ok. Tajuk entry diet yoyo Oo.. So, ini kisah pasal aku buat program diet aku sendiri ikut aku punya rules sendiri. Siapa yang tak sabar nak kurus jangan ikut diet aku ya. Sebab aku sendiri belum kurus lagi. Belum capai berat badan yang aku nak lagi. Haha! Itu sebab namenye diet yoyo Oo....😜😜😝😝

10/09/2014 - 12/11/2014
# aku tak makan nasi langsung . Kalau ade yg berunsurkan nasi tu adelah kot termakan contOhnya, nasi himpit sebab raya haji tu termakan dgn yakinnya ckp dlm hati yang itu bukan nasi ..haha ..tapi time raya haji tu jela 1 kali . Dan sampai sekarang dah boleh tahan tak makan nasi .mungkin 1 sebab kuat aku taknak makan nasi adalah kerana aku tgk cerita Nasi Tangas ...eeuuuwwww!!! So, NO MORE Nasi for me!!!!

Dan kalau nak tau berat aku tak turun-turun pon lagi walaupun tak makan nasi . So sadddd 😭😭😭😭😭😭
Lemak tepu berkepuk-kepuk dalam badan aku ni ha. Hampeh sungguh lah lemaK tepu ni . Gewwwaamm tau titewww ! 😤😤😤😤

Ok . Setelah 2bulan masih cenggini tiada perubahan. Aku nekad tekad untuk cari alternatif lain pulak iaitu BERSENAM ... So, aku akan cuba untuk jogging / cycling / gym (uma paKteh je pon.huhu ) sekurang-kurangnya 3 kali dalam seminggu .

Aku teringin nak cantik .
Aku nak sangat orang cakap aku kurus .
Aku naK sangat orang tanya aku apa tips untuk kurus .hahaha

Oh lemak tepu .
Please go away from my body . 😣😣😣😣😣

Aku taknak gumukkkkkk !!!!!!!
Aku nak kurussshhhhhhH !!!!!!!!






Sincerely ,

Ajie yang nak kurus.

Sunday, 9 November 2014

Ya

Mungkin?












Tidak mungkin?










Ya.
Dan sebenarnya kau masih simpan dia dalam hati.



(ajie,2014)

Saturday, 8 November 2014

Sekadar

Hidup sekadar hidup


Wujud sekadar wujud







Hidup dan wujud secara kosong.

(Credit to: fyn jamal)